reallifegoeslikethis
reallifegoeslikethis
Superman
Kalian minat kartun?
Aku minat kartun. Daripada kecil hinggalah dah besar panjang sampai hari ini, aku tengok kartun, baca kartun dan juga scan kartun. Kartun adalah sebahagian daripada hidup aku. Jika waktu kecil-kecil aku minat kartun DC Comics, kartun MARVEL, bilamana dah besar,aku lebih minat manga daripada Jepun.
Minat aku pada kartun berubah mengikut peredaran umur aku.
Jika dulu kartunnya ringkas-ringkas, sekarang kartunnya lebih berat daripada filem atau buku Psikologi aku. Death Note, Ghost In The Shell, Akira dan Steam Boy hanyalah sebahagian daripada senarai.
Kecilnya aku gemar watak Superman, BATMAN, Spiderman dan macam-macam lagi 'man' yang setara. Bila dah besar, aku lebih minat anti-hero. Mungkin sewaktu kecil aku penuh dengan harapan dan impian, dan bilamana sudah dewasa aku sedar bahawa harapan dan impian itu sekadar mimpi-mimpi bodoh.
Aku tak mungkin jadi Superman.
Pun begitu dalam hidup aku, ramai meletakkan aku sebagai watak 'hero' mereka. Seseorang yang mereka puji, seseorang yang mereka ingati dan seseorang yang mereka idami. Watak serba bagus, serba kuat.
Watak genius, ahli sukan negara, seorang pejuang hidup dan segala macam bagus lagi. Aku dijadikan idol. Hero hidup yang mana semua mahu jadi.
Malangnya aku sendiri cuma orang biasa. Dan ramai tidak sedar akan hakikat itu. Kerna aku ini beroleh Dean List tiap-tiap sem walaupun tak kelas, maka bagi semua orang pelajaran itu bukanlah payah sangat bagi aku. Hanya kerna aku ini selalu saja bergembira dan tersenyum, maka seolah-olah sedih itu mustahil hinggap dalam hati aku.
Aku pun manusia.
Tapi ramai lupa. Ramai yang BERHARAP bahawa aku ini sempurna dan aku lain daripada mereka. aku ini sentiasa kuat, tabah dan ada solusi bagi setiap hal. Aku ini watak absolute baik.
Dan hari demi hari, semua kebaikan dan kelebihan itu MENYUMPAH kehidupan aku. Kalian fikir jika kalian genius, maka bergemerlapanlah hidup kalian? Jika kalian kuat, maka semuanya senang-senang saja?
Kalian mungkin tidak faham. Kalian mungkin tidak rasa. Rasa jauh kerana kalian nampak sesuatu yang tidak mereka nampak. Kalian faham sesuatu yang tidak mereka faham. Kalian kena jadi bodoh semata-mata menghargai hidup orang. Kalian kena tanggung kesilapan orang.
Jika dulu aku mahu jadi Superman, hari ini aku cuma mahu jadi orang biasa.
Kerna terlalu sukar untuk berada dalam persekitaran siput, bila kalian adalah helang.
1 Comments:
Looking for information and found it at this great site... Patio table and chairs cover Kids metal watches Outdoor+surveillance+camera
Post a Comment
<< Home